Bahagian
Keselamatan Universiti Putra Malaysia (dulu dikenali
sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan
pada tahun 1978. Sebelum penubuhannya pada tahun 1978,
Bahagian Keselamatan telah menempuh dua era sejarah yang
penting, pertama semasa Kolej Pertanian Malaya (sebelum
1971) dan kedua selepas penubuhan Universiti Pertanian
Malaysia.
Semasa
Kolej Pertanian Malaya
Pada
ketika itu, Pengawal Keselamatan dikenali sebagai “jaga”.
Mereka dilantik daripada kalangan pekerja kolej yang terdiri
daripada pekerja sambilan, pencuci, pemandu dan juga buruh
am. Bilangan jaga pada ketika itu ialah seramai 10 anggota
dan diselia oleh seorang mandur. Unit Keselamatan tidaklah
mempunyai struktur yang tersusun dan pentadbiranya diletakkan
di bawah pentadbiran Bahagian Ladang. Tugas-tugas yang
dijalankan pada ketika itu lebih tertumpu kepada pengawalan
hasil ladang dan mengawal di pondok kawalan.
Semasa
Universiti Pertanian Malaysia
Ketika
penubuhan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1971,
jawatan
"jaga" yang dahulunya diwujudkan semasa Kolej Pertanian
Malaya, telah diserapkan ke dalam perkhidmatan universiti.
Urusan pentadbiran Unit Keselamatan masih lagi diletakkan
di bawah Bahagian Ladang. Pada tahun 1974, Unit Keselamatan
telah diperkemaskan dan diketuai oleh seorang Pegawai Keselamatan.
Jawatan jaga yang diwujudkan telah digantikan dengan
jawatan Pengawal Kampus. Pada tahun 1975, jawatan Pengawal
Kampus telah dimansuhkan dan jawatan Pengawal Keselamatan
telah diwujudkan. Bilangan anggota pada ketika itu telah
meningkat seramai 40 anggota. Serentak dengan itu juga,
lima orang anggota keselamatan telah dinaikkan pangkat kepada
Pengawal Keselamatan Tingkatan Kanan.
Pada
tahun 1978, Universiti Pertanian Malaysia telah menubuhkan
Bahagian Keselamatan selaras dengan perkembangan universiti.
Pentadbiran Bahagian Keselamatan telah berpindah kepada
Bahagian Pembangunan. Sejajar dengan perkembangan ini,
seorang Pengarah Keselamatan telah dilantik dan kekuatan
Bahagian Keselamatan telah meningkat kepada seorang Pengarah,
seorang Pegawai Keselamatan, tiga orang Penolong Pegawai
Keselamatan dan 185 Anggota Keselamatan.
Kini
Bahagian Keselamatan Universiti Putra Malaysia telah turut
berkembang sejajar dengan perkembangan universiti. Pentadbiran
bahagian ini telah dimantapkan lagi dengan penambahan jawatan
Pegawai Keselamatan dan Penolong Pegawai Tadbir. Dalam
usaha bahagian ini merealisasikan matlamat 4 dalam Pelan
Strategi universiti dengan usaha yang gigih, Bahagian Keselamatan
Universiti Putra Malaysia telah berjaya memperolehi persijilan MS
ISO 9001: 2000 pada 19 September 2003. Bahagian Keselamatan
juga merupakan satu satunya entiti perkhidmatan yang
pertama memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000.
|