Soalan Lazim
   
1.
Bagaimana untuk memohon stiker?
 
Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan. Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan perlulah dikembalikan kepada petugas kaunter Bahagian Keselamatan untuk diproses.
   
2.
Bagaimana cara untuk memohon pengiringan?
Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pengiringan (PEN/BKU/BR01/IRING) dalam dua salinan dan dikemukan ke Bahagian Keselamatan tiga (3) hari sebelum aktiviti dijalankan.
Borang tersebut boleh didapati dari kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan.
     
3.
Bagaimana cara untuk memohon papan tanda?
 
Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Papan Tanda (PEND/BKU/BR01/TANDA) dalam dua salinan dan dikemukan ke Bahagian Keselamatan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh aktiviti bermula.
 
Sekiranya aktiviti melibatkan pelajar, borang permohonan tersebut hendaklah dikepilkan bersama-sama surat kelulusan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) sebagai pengesahan.
 
Borang tersebut boleh didapati dari kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan.
 
     
4.
Bagaimana cara untuk memohon kelulusan menggantung kain rentang?
 
Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Memasang Kain Rentang (PEND/BKU/BR01/RENTANG).
 
Bagi pelajar, borang permohonan tersebut hendaklah dikepilkan bersama-sama surat kelulusan dari Bahagian Keselamatan (HEP)
 
Borang tersebut boleh didapati dari kaunter Bahagian keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan.
 
     
5.
Bagaimana cara untuk mendapatkan khidmat Pengawal Keselamatan?
 
Pemohon perlulah mengemukakan surat rasmi dan dimajukan kepada Pengarah Bahagian Keselamatan. Kandungan surat tersebut perlulah menyatakan tujuan permohonan dan keperluan permohonan tersebut.
 
     
6.
Kenapa saya disaman?
 
Anda disaman kerana telah melanggar akta @ peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Oleh itu, pihak Bahagian Keselamatan berhak menyaman pesalah demi menjalankan tugas dan memastikan keadaan dalam kampus sentiasa dalam keadaan terkawal.
 
     
7.
Berapakah kompaun bagi setiap satu kesalahan?
 
RM50 akan dikenakan bagi satu kesalahan.
 
     
8.
Bolehkah saya membuat rayuan?
 
Ya, anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan surat rayuan dalam tempoh 48 jam atau 2 hari dari tempoh kompaun dikeluarkan. surat tersebut perlu diserahkan kepada petugas kaunter Bahagian Keselamatan untuk diproses.
 
     
9.
Apakah kesannya jika saya tidak membayar saman?
 
Jika pelajar tidak menjelaskan saman yang telah dikeluarkan,mereka akan dimasukkan ke dalam senarai pelajar yang berhutang. mereka juga akan disekat dari mengambil keputusan peperiksaan dan pendaftaran kursus serta tidak dibenarkan menghadiri konvokesyen sehingga mereka menjelaskan saman tersebut.
 
     
10.
Pada jam berapa pintu pagar tasik dibuka dan ditutup?
 
 
Isnin - Jumaat
 
 
7 pagi - 8.30 pagi
 
 
12.30 ptg - 2.30 ptg
 
 
4.30 ptg - 6.30 ptg
 
 
Sabtu, Ahad & Kelepasan Am
 
 
Tutup